MBWP dan program ’caca-marbanya’ – apa hasilnya?? Part 1

Analisis 2 : Kajian Pemetaan Belia Malaysia 2007 yang dijalankan oleh pihak IPPBM

Menurut hasil laporan lagi… WP adalah kawasan berisiko tinggi penyalahgunaan dadah berdasarkan kepadatan penduduk.

\

Persoalannya?

Apakah ada program yang telah dijalankan oleh MBWP dalam menangani masalah ini?

Jika ada, mana bukti hasilnya?

Sudah pastilah majoriti yang terlibat dalam masalah ini merupakan golongan belia.

Salah satu cadangan, sepatutnya MBWP lebih menumpukan untuk menjalankan aktiviti pencegahan, bekerjasama dengan pihak NGO lain seperti PEMADAM, AADK, PDRM, PENGASIH dan lain-lain agensi yang berkaitan.

MBWP sepatutnya yang menjadi pusat pengumpulan pemimpin ’belia-belia baik’.. haruslah menggunakan ahli-ahli persatuan yang ’baik-baik’ ini untuk menjalankan aktiviti yang baik juga & berguna untuk masyarakat..

Salah satu aktiviti/program yang mudah dan praktikal, mencegah masalah dadah ini daripada bermula di peringkat awal … bekerjasamalah dengan pihak jabatan belia … jabatan pendidikan… tackle pelajar sekolah sejak daripada awal lagi…

(alasan bahawa jabatan pendidikan/sekolah penuh dengan ’karenah birokrasi’ .. seperti perlu mendapat surat kelulusan ibu bapa, kementerian pendidikan dll.. adalah merupakan satu alasan remeh .. dan’ pemimpin’ belia yang memberi alasan itu sepatutnya malu dengan diri mereka sendiri.. dan harus menumpukan lebih masa di rumah untuk menjaga ibu bapa atau anak isteri mereka sahaja menjelang hari tua… )

Dengan aktiviti/program ini, ia dapat mendedahkan belia dengan kemudahan sukan setempat yang ada… persatuan-persatuan dan aktiviti-aktiviti belia yang berfaedah.. .. camping.. sukan komuniti.. kursus kepimpinan.. ekonomi .. jatidiri etc…

(tidaklah masalah lepak dan ponteng sekolah….. di pusat membeli belah .. kafe-kafe cyber.. pusat-pusat snuker dan lain-lain lagi … seterusnya terjebak dalam aktiviti…. merokok.. hidu gam… seks bebas… merempit.. dan lain-lain lagi terus membelenggu dalam ’kepala mereka’.. )

Inilah masalah jika pemimpin ’beliua’ yang memimpin persatuan belia… ’dia’ lebih gemar untuk menjalankan aktiviti bersifat ’polemik’.. sekadar meneruskan program-program generasi terdahulu.. kemudian barisan pemimpin lain yang terpilih juga adalah dikalangan ’kaki-kaki angguk’ .. yang mana kaedah pemilihan boleh dimanipulasi dengan kaedah melobi , kuota, dan seniority… bukan berdasarkan meritokrasi dan kredibiliti seseorang pemimpin…

(Pilihlah pemimpin yang benar-benar menjalankan program/aktiviti akar umbi …. keahlian ’sebenar’ persatuan yang ramai dan berkualiti, bukannya sekadar borang keahlian … bukannya pemimpin yang hanya pandai membodek pemimpin-pemimpin atasan, melobi rakan-rakan pemimpin lain dengan mewujudkan rangkaian kepentingan peribadi.. dan sosial… dan pemimpin yang hanya sekadar pandai bercakap , tapi tak serupa bikin…. Jadi, dengan ini akan mewujudkan persaingan sihat dan telus… barulah masalah keahlian hanya 2% ahli belia aktif di WP dapat ditingkatkan…)

Bersambung di Part 2…

1 Comment(s)

  1. diri sendiri yang harus berubah…
    semua mainkan peranan..
    kalu xnak ubah…kt xleh nak watpe..
    nak ubah orang bukan senang bai….


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment