Analisis 1 : Kajian Pemetaan Belia Malaysia 2007 yang dijalankan oleh pihak IPPBM
Dimana hanya kira-kira 2% sahaja belia di WP menganggotai persatuan (daripada sejumlah 633, 906 orang belia di WP, hanya 17,622 orang yang menjadi ahli persatuan belia).
Mengapakah perkara ini terjadi?

Ini semua adalah merupakan kegagalan ’pemimpin’ MBWP dalam merancang program dan aktiviti yang sesuai dengan jiwa belia seterusnya menarik belia agar menjadi ahli dan kekal aktif di dalam persatuan.
Jika kita lihat dari aspek mudah, takrifan umur belia adalah bermula daripada umur 15-40 tahun.
Dari segi psikologinya, seperti yang kita selalu dengar.. belia kerap terpengaruh dengan pengaruh rakan sebaya..
Samalah juga dari aspek kepimpinan dan berpersatuan, mereka lebih cenderung untuk bersama rakan yang tidak banyak beza jurang umurnya yang mana jiwa dan aspirasinya lebih mudah difahami. ..
Berbanding dengan pemimpin yang sudah hampir ’expired’.. yang had umurnya mengikut Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 sudah ’nyawa-nyawa ikan’ tetapi masih ada hati untuk terus memimpin pergerakan belia??
Jadi adalah tidak adil jika perkara ini dibenarkan berlaku & jika ini berlaku, tidak mustahil peratusan keahlian belia akan terus merosot dan pergerakan ’beliua’ ini akan terus dijauhi dan dihindari oleh majoriti belia yang tidak berpersatuan di WP ini.
Adilkan pemilihan ’pemimpin’ MBWP hanya berdasarkan undi perwakilan yang cuma mewakili 2% daripada jumlah belia di WP??
Mungkin sebab itulah Kementerian dan Jabatan belia menggerak dan menggalakkan penubuhan persatuan belia baru dan kelab rakan muda, untuk menampung kelemahan ’pemimpin’ MBWP yang sibuk ’berpolitik’ di dalam persatuan belia berbanding betul-betul menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan..
No Comments Yet
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment
