Rakan Muda Siber, Kick Off now!

KBS bakal wujudkan Rakan Muda Siber

Utusan Malaysia – Sabtu 3 Mei, 2008

KEMENTERIAN Belia dan Sukan(KBS) akan mewujudkan gaya hidup baru Rakan Siber bagi memastikan program Rakan Muda sentiasa relevan dan terus diminati golongan muda.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, cabang gaya hidup bari itu akan diperkenalkan secepat mungkin untuk ditambah kepada tujuh gaya hidup Rakan Muda sedia ada.

Menurut Ismail Sabri, cabang baru itu diperkenalkan kerana ia menepati kehendak golongan muda serta seiring dengan dunia yang makin canggih dalam bidang teknologi komunikasi maklumat(ICT).

“Rakan Muda ditubuhkan sejak 1995 dan banyak perubahan yang berlaku.Kita mahu program dan pendekatan Rakan Muda sentiasa bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Masih banyak yang boleh dilakukan untuk memastikan program yang telah hampir 14 tahun dilaksanakan ini memenuhi citarasa generasi masa kini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvokesyen Penggerak Rakan Muda 2008 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Konvokesyen itu bertujuan membincangkan pendektan baru serta mengumpulkan pendapat dari pada golongan akar umbi mengenai perubahan yang harus dilakukan dalam program Rakan Muda.

Menurut Ismail Sabri, setiap tahun program Rakan Muda diberi peruntukan agak besat bagi mengadakan lebih banyak program dikalangan belia.

Jelasnya, tahun lalu sejumlah RM8.9 juta disalurkan untuk membangunkan aktiviti Rakan Muda di peringkat akar umbi dan sebanyak 2,623 program berlangsung dengan penyertaan 157,380 belia di seluruh negara.

Ismail Sabri menambah, kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan syarikat astronautik bagi membolekan elemen inovasi angkasa lepas juga dapat dimasukkan dalam gaya hidup Rakan Muda.

————————————————————————————–

datuk-ismail-sabri

DATO MENTERI,

KAMI GENERASI MUDA BAWAH 40 TAHUN MENYAHUT CABARAN DATO’ MENTERI UNTUK BERSAMA MEMPERKASAKAN BELIA! BUKAN BELIUA :-)

No Comments Yet

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment