Apakah kriteria kita dalam memilih bakal Presiden MBWP yang baru?

Umur beliau bukan sama sekali melebihi atau hampir-hampir sangat mencecah 40 tahun…

Beliau perlulah daripada persatuan belia yang bebas daripada sebarang unsur politik….

Beliau perlulah menumpukan kepada permasalahan sosial di akar umbi daripada sibuk dengan program-program ’polemik’ yang tiada hala tuju yang jelas…

Beliau perlulah menumpukan usaha UTAMA kearah menambahkan keahlian belia WP.. daripada 2% kepada berapa % pula? Dan sasarannya dalam jangkamasa berapa tahun? Bukan setakat meningkatkan keahlian di borang keahlian… sebaliknya berterusan kekal sebagai ahli aktif persatuan dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih ’bernafas baru’ sesuai dengan aspirasi belia bawah 40 tahun…

Beliau perlulah mengakui dan menekankan kepentingan internet di dalam pengurusan persatuan, penyampaian maklumat dan membudayakannya di kalangan exco dan juga ahli di akar umbi…

Nilai tambah :

Adakah anda bersetuju jika calon pilihan kita daripada kawasan yang mempunyai paling banyak persatuan belia aktif?

Inilah yang ditunjukkan oleh Kajian Pemetaan Belia Malaysia 2007 yang dijalankan oleh pihak IPPBM.

Satu-satunya kawasan di WP yang mempunyai 24-25 persatuan yang aktif ialah TITIWANGSA..

persatuanbeliaaktif

Maksudnya ahli-ahli belia di kawasan TITIWANGSA sangat AKTIF…

Sudah pastilah pemimpin yang lahir dari kawasan TITIWANGSA ini BERKUALITI TINGGI…

SETUJU?

Jadi tidak kiralah Melayu, Cina mahupun India … Tidak kira lelaki mahupun perempuan

Bakal Presiden baru MBWP kali ini, akan lahir dari kawasan TITIWANGSA!

No Comments Yet

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment